Takaful Ikhlas For All

  • Utama
  • Konsep Takaful
  • Model Takaful
  • Produk
  • Fatwa
  • Hubungi Saya


 Salam Sejahtera & Selamat Melayari Laman Web Saya!


PENDAHULUAN


Takaful Ikhlas Sdn Bhd (Takaful Ikhlas) telah dilesenkan untuk mengendali perniagaan takaful am dan keluarga pada 21 April 2003 dan telah memulakan operasi pada 2 Julai 2003. Takaful Ikhlas merupakan pengendali takaful yang ke- 3 di Malaysia selepas Syarikat Takaful Malaysia Berhad dan Etiqa Takaful Berhad (sebelum ini dikenali sebagai Takaful Nasional Sdn Bhd).

Syarikat induk Takaful Ikhlas ialah MNRB Holdings Berhad yang diperbadankan pada tahun 1972 dan kini merupakan salah sebuah syarikat re-insurans utama serta tersenarai di Papan Utama Bursa Malaysia Berhad. Pemegang saham utama MNRB Holdings Berhad adalah Permodalan Nasional Berhad dan Amanah Raya Nominees.

Setakat ini, lebih 400,000 individu dan badan koporat telah menaruh kepercayaan kepada Takaful Ikhlas dengan menyertainya sebagai peserta (policyholders).

Takaful Ikhlas telah meningkatkan modal saham berbayarnya kepada RM195 juta. Ini akan mengesyorkan keupayaannya untuk memenuhi janji-janjinya kepada para peserta dan memberikan jaminan kebolehpercayaan kepada rakan kongsi perniagaan kami.


AHLI LEMBAGA PENGARAH

  1. En. Sharkawi bin Alis - Pengerusi
  2. Tn. Hj. Syed Moheeb bin Syed Kamarulzaman - Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif
  3. Y.Bhg. Dato' Haji Othman bin Hashim
  4. Tn. Haji Yusoff bin Yaacob
  5. Tn. Haji Halim bin Hj. Din
  6. Tuan Haji Anuar bin Mohd Hassan
  7. Encik Paisol Bin Ahmad


AHLI JAWATANKUASA PENASIHAT SYARIAH

  1. Y.Bhg. Dato' Mohd Mokhtar bin Shafii
    Pengerusi
  2. Tn. Hj. Nik Moustpha bin Hj. Nik Hassan
    Ahli Jawatankuasa Penasihat
  3. Prof. Madya Dr. Mohd Ma'sum bin Billah
    Ahli Jawatankuasa Penasihat
  4. Prof. Madya Dr. Ahmad Hidayat bin Buang
    Ahli Jawatankuasa Penasihat

 



Make a Free Website with Yola.